I made this widget at MyFlashFetish.com.

Harap maaf!

Kami ingin memohon maaf kerana lama sudah tidak ber-update disebabkan peperiksaan yang tidak dapat dielakkan.

Apa itu Rokok?


Rokok itu diperbuat daripada bahan-bahan yang boleh membahayakan badan anda. Jadi berfikirlah sebelum anda membuat keputusan untuk merokok kerana masa depan anda terletak di tangan anda sendiri.

TIPS-TIPS ;]

TIPS BERHENTI MEROKOK
Sihat sepanjang hayat. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.

Mengapa harus berhenti merokok?
Merokok memberi keburukan kepada semua individu Ia tidak memberi kebaikan kerana:
  • Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
  • Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
  • Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak.
  • Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah.
  • Mendapat asma. 
Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok? Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:
  • Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
  • Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
  • Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok.
  • Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok.
  • Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - apabila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan.
  • Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
  • Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat.
  • Meningkatkan deria bau dan rasa.
  • Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar.
  • Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok.
  • Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok.
  • Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran.
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Meningkatkan tahap 'kelakian'.
Bagaimana hendak berhenti merokok? Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.
  • Tetapkan tarikh untuk berhenti.
  • Yakin diri
  • Buatkan nota peringatan.
  • Katakan pada diri anda "saya bukan perokok".
  • Sentiasa berfikiran positif.
  • Dapatkan sokongan.
  • Gunakan terapi penganti nikotin.

Kutipan Tabung Amal untuk Jepun


Penuntut dari sekolah lain juga turut menderma.




SMSA A-Team telah mengadakan satu kutipan derma amal untuk bencana tsunami Jepun yang berlaku pada kebelakangan ini, duit tersebut akan didermakan ke Kedutaan Jepun untuk sedikit sebanyak meringankan beban mangsa-mangsa bencana di Jepun. Kami semua berharap Tuhan merahmati mereka! Amin! Amin! Ya Rabbil Allamin! ^^

Pelekat " Dilarang Merokok "

Dilekat pada dinding tandas perempuan

Dilekat pada dinding berdekatan dengan tandas lelaki


A-Team Membuat Kaji Selidik

Kumpulan A-Team telah membuat kaji selidik di kalangan penuntut sekolah dari Tahun 7 sehigga Pra-U dan juga guru-guru. Jikalau mempunyai kesempatan, kami juga ingin membuat kaji selidik tersebut di keempat-empat daerah Negara Brunei Darussalam. Motif kajian ini ialah untuk mendapat respon daripada penuntut setinggi mana mereka tahu tentang bahayanya rokok.

Borang kaji selidik

Ahli SMSA A-Team sedang menyusun kajian yang telah dibuat.

Taklimat Untuk Ahli Badan Prefek 2011/2012

Khamis, 21hb April 2011- Ahli A-Team telah memberikan satu taklimat kepada ahli-ahli badan prefek 2011/2012 di perpustakaan SMSA. Di dalam kandungan taklimat, A-Team telah menyebarkan serba-sedikit informasi tentang A-Team dan aktiviti-aktiviti yang akan dilangsungkan oleh kumpulan SMSA A-Team. Pada masa itu juga, A-Team mengedarkan risalah yang telah dibuat oleh A-Team kepada ahli-ahli badan prefek.